12 December 2011

Jodoh "Arash"

A :Mengharapkan si dia?Untuk apa?
B :Kerana  nak dia jaga aku..aku harap dia bolah  bahagiakan aku..

A :Sampai bila?
B :Hingga akhir hayat aku..

A :Apa jamin untuk kau terus berharap macam ini pada dia?
B :Aku boleh nampak sayang dia pada aku tak terkata..

A :Apa yang kau nampak? kasih sayang macam mana?
B :Dia sanggup berkorban untuk aku,dia jaga aku bila aku sakit..
    dia sentiasa ada masa aku perlukan.

A :Kau percayakan dia?
B :Mestilah! Dia dah janji dengan aku.

A :Apa dia janji dengan kau?
B :Dia janji dia tak kan tinggalkan aku..bagi dia aku yang terakhir dalam hidup dia..

A :Kau pegang kata-kata dia?
B :Yup! kenapa kau ni banyak tanya?

A :Oklah last aku nak tahu, kalau dia tinggal kau juga macam mana?
B :Dia tak akan!!

A :Kalau Tuhan ambil nyawa dia?
B : ......

A :Kalau Tuhan ubah hati dia?
B : ....

A :Kalau dah tertulis pada arash dia bukan jodoh kau?
B : ....

A :Kau pernah terfikir semua ni tak?
B :Tak

A :CInta itu memang nikmat sahabat tapi kenikmatan itu adakala melalaikan.
    Aku hanya nak mengintakan kau, aku tak mahu kerana ini akan buat kau
    jatuh selama-lamanya dan menyalahkan Tuhan..
B :Terima kasih sahabat..

No comments:

Post a Comment