12 December 2011

Jodoh "Arash"

A :Mengharapkan si dia?Untuk apa?
B :Kerana  nak dia jaga aku..aku harap dia bolah  bahagiakan aku..

A :Sampai bila?
B :Hingga akhir hayat aku..

A :Apa jamin untuk kau terus berharap macam ini pada dia?
B :Aku boleh nampak sayang dia pada aku tak terkata..

A :Apa yang kau nampak? kasih sayang macam mana?
B :Dia sanggup berkorban untuk aku,dia jaga aku bila aku sakit..
    dia sentiasa ada masa aku perlukan.

A :Kau percayakan dia?
B :Mestilah! Dia dah janji dengan aku.

A :Apa dia janji dengan kau?
B :Dia janji dia tak kan tinggalkan aku..bagi dia aku yang terakhir dalam hidup dia..

A :Kau pegang kata-kata dia?
B :Yup! kenapa kau ni banyak tanya?

A :Oklah last aku nak tahu, kalau dia tinggal kau juga macam mana?
B :Dia tak akan!!

A :Kalau Tuhan ambil nyawa dia?
B : ......

A :Kalau Tuhan ubah hati dia?
B : ....

A :Kalau dah tertulis pada arash dia bukan jodoh kau?
B : ....

A :Kau pernah terfikir semua ni tak?
B :Tak

A :CInta itu memang nikmat sahabat tapi kenikmatan itu adakala melalaikan.
    Aku hanya nak mengintakan kau, aku tak mahu kerana ini akan buat kau
    jatuh selama-lamanya dan menyalahkan Tuhan..
B :Terima kasih sahabat..

09 December 2011

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang

Hari yang cukup indah seperti biasa bangun pagi perut mesti lapar giler, ada lagi mula la menjengah ke dapur tiada sebarang santapan. Kelibat yang aku nanti pon tak muncul tiba, baru teringat adik kecik aku dah tanya nak sarapan apa. Confirm dia ikut puan mak dan en abah pergi beli sarapan..huii katil dah memangil kembali untuk lepak..

Tak amakna yer nak tidur balik mahu sat ag puan mak balik siren berbunyi..tak pasal mood pagi diganggu. Apalagi tekan la punat TV,citer apa pagi2 mesti la kartun aku nak mengadap nasi lemak kopi O macam tak berapa mood lagi, otak pon baru nk bergerak so kena warm up dulu.. Tapi ham,peh la..pagi2 tengok chiki chiki boom adoiii memang makin tak teransang otak aku ada la...ntv7 HI5 lak dah berapa kali ulangan episode ni aku tak tahu la..adik aku selalu tengok sebelum pergi tadika..adoiyaiiii...

Tak berape ketika bunyi broom broom motor, aku tahu dah santapan pagi dah sampai..ahaks! apalagi aku nak santap la!!!!!

05 December 2011

Memory Just Not A Memory

Manusia mudah menyatakan mereka telah melupakan segalanya
Tapi tanpa mereka sedar mereka berdiri pada hari ini kerana perkara yang ingin dilupakan itu
Mereka selalu berkata tak memperdulikan perkara silam
Tapi mengapa mereka menangis apabila mengenangkannya
Mereka selalu berkata apa yang jadi dahulu tak penting tapi apa yang jadi sekarang itu penting..
Tapi mengapa mereka selalu berkata tak mahu mengulangi perkara lepas
Manusia sentiasa menafikan segala dalam hidupnya..
Kita tak kan pernah dapat membuang apa yang pernah kita lalui
Kerana itu ketentuan yang tak dapat kita nafikan....